Friday, 27 February 2015


Kelebihan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran 

 

Pengenalan :
Perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah memberikan banyak impak positif kepada pelbagai bidang perindustrian termasuklah dunia pendidikan. Tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menjadikan penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar seperti komputer riba, cakera padat, penggunaan pelbagai perisian pendidikan pembelajaran dan pelbagai alat bantu mengajar yang lain. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk setiap pendidik menggunakan pelbagai alat bantu mengajar sama ada yang berbentuk peralatan mahupun perisian bagi membantu merangsang dan meningkatkan minat dan kecenderungan Murid terhadap sesuatu topik pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran adalah fokus utama pihak pengurusan pendidikan kebangsaan sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun di peringkat sekolah menengah. Justeru, pihak pengurusan pendidikan baik di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan sentiasa mencari alternatif atau kaedah pengajaran dan pembelajaran terbaik dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran (Baharuddin, 2005). Latihan aplikasi dan integrasi teknologi maklumat dan komunikasi atau juga dikenali dengan gelaran ICT adalah antara usaha yang telah diperkenalkan di kebanyakan sekolah rendah dan menengah.
Pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap Murid yang mengikuti Program Pemulihan Khas merupakan satu perkara yang tidak hanya mampu memberikan rangsangan pembelajaran kepada murid, malah dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka (Abd. Rahman, 1992). Koh Boh Boon (1982) menyatakan bahawa pendidikan pemulihan sekiranya diteliti dengan lebih mendalam, sifatnya adalah lebih terbatas dan lebih khusus kerana ianya bertujuan untuk membaiki kelemahan pembelajaran murid. Pelaksanaan program ini melibatkan murid-murid lambat iaitu mereka yang lembap atau lambat mencapai matlamat pembelajaran jika dibandingkan dengan murid-murid lain yang sebaya dengan mereka. Oleh yang demikian, selaras dengan perkembangan dan kemajuan teknologi semasa, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digunakan untuk membantu murid-murid ini dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik dan memajukan diri seperti mana yang dicapai oleh Murid-Murid lain khususnya yang sebaya dengan mereka.


ANTARA KELEBIHAN-KELEBIHANNYA :

  • Terdapat banyak kelebihan menerusi pengajaran berasaskan komputer. Antaranya adalah dapat meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. 
  •   Mengikut penyelidikan yang telah dlakukan oleh pakar-pakar alat pandang dengar, konsep kefahaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh manusia adalah 75% melalui deria pandang, 13% daripada deria dengar, 6% daripada deria sentuh, 3% daripada deria rasa dan 3% daripada deria bau. (Mok Soon Sang, Lee Shok Mee,1986).
  • Berdasarkan kajian ini, jelas menunjukkan bahawa pancaindera pandang dan dengar penting dalam proses pembelajaran. Bahan bantu mengajar berasakan komputer semestinya banyak memerlukan pancaindera pandang dan dengar. 
  •  Hal ini sangat relevan dalam meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.
  • Kelebihan yang seterusnya adalah guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa, menyeronokkan dan mencabar. 
  •  Hal ini selaras dengan teknologi yang pendidikan bertujuan untuk mewujudkan suatu suasana yang kondusif bagi pengajaran dan pembelajaran. 
  • Wayne F. Virag (1976) berpendapat “seseorang individu dalam suasana pembelajaran adalah tertakluk kepada pelbagai bahan pengajaran, teknik-teknik dan peringkat-peringkat penyampaian pengajaran…suasana pembelajaran ini pula dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kaedah penyampaian dan bahan pengajaran yang digunakan dalam suasana fizikal yang direka untuk pembelajaran.” 
  • Penggunaan teknologi juga boleh memberi pengalaman sebenar yang dapat merangsang aktiviti sendiri dalam kalangan pelajar dan membina pemikiran yang berterusan.
  • Hal ini dapat dilahirkan menerusi aktiviti yang mencabar dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer.
  • Oleh yang demikian, jelas menunjukkan bahawa suasana pembelajaran yang selesa, menyeronokkan dan mencabar dapat diwujudkan menerusi pengajaran yang menggunakan komputer serta perisiannya sebagai alat pengajaran.
  • Seterusnya pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dapat meningkatkan motivasi dan minat murid dalam pembelajaran. 
  •  Hal ini selaras dengan pendapat Jonassen (1996) yang menyatakan, para pelajar yang mendapat bahan pengajaran melalui komputer mempunyai motivasi yang tinggi untuk  belajar.
  • Apatah lagi jika pendekatan yang digunakan berbentuk permainan pendidikan. 
  • Hal ini menunjukkan menerusi pendekatan permainan pendidikan, murid akan lebih tertarik dan semakin bersemangat untuk mengikuti sesebuah pembelajaran.
  • Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer juga bertujuan untuk memudahkan kerja seseorang guru dalam penyampaian maklumat pelajaran. 
  • Penggunaan bahan teknologi pendidikan yang boleh dilihat dan menghasilkan bunyi dan suara telah didapati memberikan banyak faedah seperti melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran, menjimatkan masa dan tenaga, mengelakkan kebosanan pelajar dan mengelakkan berlakunya salah tafsir atau tidak faham. 
  • Penggunaannya juga akan memberikan kelainan (variasi) kepada kaedah mengajar, misalnya dengan menggabungkan kaedah dan alat (penggunaan perisian pembelajaran), membolehkan pelajar mengulangi pelajaran secara sendirian dan juga membantu pelajar-pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum.
  • Tuntasnya, pengajaran berasaskan komputer mempunyai kekuatan dalam aspek-aspek yang tertentu. Tambahan lagi, adalah sangat wajar guru mengintegrasikan pelajaran menerusi teknologi maklumat. 

KESIMPULAN :
         Adalah menjadi tanggunjawab institusi pendidikan untuk mendidik masyarakat untuk menjadi pelapis yang benar-benar dapat mentadbir negara dengan baik pada masa akan datang. Oleh yang demikian, pendidikan ini perlu dilaksanakan pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak. Penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan pembelajaran adalah suatu yang perlu bagi menarik minat kanak-kanak ini untuk terus menuntut ilmu tanpa mengira sempadan dan segala halangan yang boleh menghalang mereka dariapda menuntut ilmu. 

RUJUKAN : 

  • MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN
  • NADIA SABRINA
  • UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTOS SDN BHD

Friday, 9 January 2015

cara solat dengan betul..


solat adalah perkara yang wajib di lakukan bagi semua umat islam.kebanyakan kita tidak mengetahui bagaimanakah hendak bersolat dengan sempurna dan betul. video ini menunjukkan cara bagaimana solat dengan betul mengikut nabi muhammad (s.a.w) .Harap kita semua dapat memperbetulkan solat kita agar solat kita diterima oleh allah.

Friday, 26 December 2014

Peranan ICT dalam penyebaran dakwah dalam era globalisas.



PERANAN ICT DALAM PENYEBARAN DAKWAH DALAM ERA 
GLOBALISASI 

Prof. Madya Dr Syed Muhammad Dawilah al-Edrus 
Pengarah Pusat Islam, 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 
Ustaz Mohd. Lutfi Solehan 
Penolong Pendaftar, Fakulti Pengurusan Teknologi, 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
pendahuluan:

Dakwah dari segi bahasa diambil dari perkataan bahasa arab dan merupakan
masdar (kata benda) dari kata kerja da'a yad'u yang berarti panggilan, seruan atau ajakan.

Dakwah dari segi istilah pula adalah Rangkaian perkataan "dakwah islamiyyah" sebagai satu istilah khusus yang penting dalam penyebaran, pengembangan dan pemahaman Islam sebagai al-din yang diamalkan
dan diterima pakai.

KEPENTINGAN DAN HUKUM BERDAKWAH:
Secara ringkasnya hukum berdakwah terbahagi kepada dua, iaitu fardu Ain dan fardu
Kifayah. Walau bagaimanapun pendapat kebanyakan ulamak menyatakan hukum
berdakwah adalah wajib hukumnya bagi setiap individu. Dalam ertikata lain, ianya
merupakan sesuatu yang tidak dapat ditinggal dan dikecualikan. Al-Quran dan Al-hadis,
ada mengungkapkan tentang kewajipan tersebut.
ramai orang tertanya-tanya apakah perkara-perkara yang perlu ada dalam berdakwah
ataupun mudah dipanggil rukun berdakwah. Rukun dakwah terbahagi kepada 4 iaitu:
                    
1. Maudhu' al - Da'wah / Topik utama dakwah.
2. Al - Qaim bi al - Da'wah (Al - Da'ie) / Para Pendakwah 
3. Al-Orang yang menerima dakwah/Penerima dakwah.
4. Uslub Al-Da'wah/ Pendekatan dalam berdakwah.


DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT)
ICT atau dikenali dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi merangkumi aspek
teknologi maklumat dan komunikasi. Taknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi
yang digunakan oleh individu mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat
berguna dan bermakna serta menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks,
grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan
tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan
kemampuan.Teknologi Maklumat (information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (information and Communication Technology) atau ICT merupakan
teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas
meluputi segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.
KEBAIKAN
Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat
diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara pendakwah dan
sasarannya sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik-bilik
seminar bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya.
KEBURUKAN

ICT mempunyai pengaruh dan banyak bahan asing dari luar negara yang dimuatkan
dalam media tempatan. Daripada pengaruh ini terdapat unsur-unsur negatif yang menular
masuk dalam budaya tempatan. Perkara ini akan menjadikan sesuatu dakwah yang
hendak disampaikan tidak tepat dan mungkin akan dieksploitasi oleh fahaman-fahaman
yang menyimpang dari ajaran Islam sebenar. 
Pencerobohan dan penggodam laman web (Internet hacker), jenayah kerana melepaskan
komputer virus di Internet, penipuan kredit kad secara online dan penyebaran maklumat

RUMUSAN
Seseorang Pendakwah haruslah kreatif dalam pengganakan mekanisme dakwah.
Kemudahan ICT sepatutnya digunakan secara maksima dalam rangka dakwah yang
sesuai dengan ajaran Islam.
Mereka juga mestilah mempunyai kepakaran dan ilmu yang cukup dalam
mengeksploitasi ICT.

Friday, 19 December 2014

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Berasaskan Web

       Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab                              Berasaskan Web 


artikal ini di karang oleh : 1) Rahimi Bin Md. Saad
                                           2) Zawawi Bin Ismail



               Artikal ini menceritakan kepada kita bahawasanya pengajaran dan pembelajaran bahasa arab berasaskan web adalah antara salah satu cara yang teramat mudah di era kini. Pembelajaran melalui laman web ialah pembelajaran secara elektronik atau dikenali sebagai E-Pembelajaran. Ia merupakan kombinasi di antara elemen pendidikan dan teknologi elektronik. Kaedah ini membolehkan individu mengikuti sesi pembelajaran secara lebih terbuka dan bebas berdasarkan keinginan dan keupayaan sendiri tanpa perlu mengikuti jadual atau menghadiri kelas yang ditetapkan.


               Pembelajaran bahasa Arab melalui laman web merupakan satu proses pembelajaran yang
perlu diterapkan dalam konteks masyarakat Malaysia berdasarkan kepentingan-kepentingannya. Antara kepemtingan-kepentingannya adalah mencapai keberkesanan yang maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. selain daripada itu, Pembelajaran yang maksima dalam jangka waktu yang singkat dan kos yang minima juga antara kepentingan pengajaran dan pembelajaran bahasa arab berasaskan web.

 3. Objektif Pembelajaran Bahasa Arab Melalui Laman Web

Pembelajaran bahasa Arab melalui laman web merupakan satu proses pembelajaran yang
perlu diterapkan dalam konteks masyarakat Malaysia berdasarkan kepentingan-kepentingan berikut :
           
*Mencapai keberkesanan yang maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran 

*Pembelajaran yang maksima dalam jangka waktu yang singkat dan kos yang minima.
  
*Kesejagatan sumber pengajaran dan pembelajaran.

*Mengurangkan bebanan dan menjimatkan masa guru dalam penyediaan bahan bantu mengajar.

*Membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik.

4. Laman Web Untuk Pengajaran 

Kini sudah banyak laman web yang dibina bagaikan cendawan selepas hujan. Perkembangan yang sihat ini perlu digunakan sebaiknya oleh para pengajar atau para pelajar bahasa Arab.Ada di antara laman-laman web ini yang menyediakan perkhidmatan pengajaran bahasa Arab secara percuma di samping laman web yang mengenakan bayaran tertentu.. Laman web bagi perisian pengajaran bahasa Arab secara ringkasnya boleh dibahagikan kepada berikut:

i. Pembelajaran bahasa Arab melalui pengantar bahasa Arab.
a. schoolarabia.net
b. kids.al-islam.com
c. afl.ajeeb.com
d. mabarrat.org
e. weaam1.netfirms
f. arabic4fun.com
g. rafed.net/child
h. iiu.edu.my/qls
i. alarabeyya.com
j. thopaiti.8m.net
k. voiceofarabic.com
l. angelfire.com

5. Masalah Dan Cabaran

Setiap ahli akademik wajib mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan sekaligus
memperluaskan pengalaman supaya mampu memberikan lebih dari yang sepatutnya kepada
pelajar-pelajar mereka. Pelajar hari ini juga tidak mudah berpuas hati hanya dengan apa yang
mereka dapati di dalam kelas. Perasaan ingin tahu mereka tinggi. Mereka mengharapkan
jawapan kepada setiap persoalan dan kemusykilan mereka ada pada pensyarah yang
berkenaan. Oleh itu, para guru yang terlibat dalam pengajaran bahasa Arab khususnya perlu
berusaha mengmbangkan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut agar ia
menjadi bahasa yang seronok dipelajari.
Walau bagaimanapun, akan mereka berhadapan dengan beberapa cabaran yang perlu
dihadapi dengan penuh tabah dan teliti.

rumusan

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Berasaskan Web teramatlah perlu di masa kini kerana pelbagai kemudahan yang telah diberikan kepada kita. seharusnya kita sebagai pengguna IT pada masa kini hendaklah mengambil cara yang amatlah mudah bagi kita kerana peluang sudah ada dihadapan kita untuk kita mempelajarinya bersama. janganlah mensia-siakan peluang yang ada kerana apabila kita mensia-siakannya kita akan terlepas untuk mendapatkannya semula, ingatlah peluang hanya datang sekali sahaja.


Friday, 5 December 2014



my profle




nama : Muhammad syahmi bin saiful alam
umur : 19 tahun
tempat tinggal : taman sri bahagia tampoi