Friday 13 March 2015

perisian aplikasi yang unik ( Bukan perisian Microsoft mahupun Produk Windows) yang boleh digunakan untuk pembelajaran :




PENGENALAN : 

         Perisian aplikasi merupakan program yang direka untuk memudahkan membantu pengguna dalam melakukan tugas seharian seperti menaip, mengira atau membuat grafik.Perisian juga membolehkan pengguna membaca dan berinteraksi dengan teks, imej dan maklumat lain di laman web semasa melayari internet.

Antara Jenis perisian aplikasi ialah :

  •   perisian pemprosesan perkataan
  •   perisian hamparan elektronik
  •   perisian persembahan
  •   perisian pangkalan data
  •   perisian grafik
  •   pelayan internet
  •   penerbitan meja

antara satu perisian yang menarik yang boleh digunakan dalam pembelajaran adalah Pemprosesan Perkataan (Word Processing). perisian ini adalah  Perisian yang boleh melakukan tugas seperti sunting dokumen, cari dan ganti, cantum e-mel, kaki dan kepala dokumen, nota kaki, fungsi matematik, penjana indeks, penjana kandungan dan import/eksport dokumen. perisian ini boleh digunakan di dalam kelas, sebagai contoh dari segi pengiraan dan juga nota kaki. perisian ini juga amat membantu pelajar dalam pembelajaran dan pengaran.   
       

     
KELEBIHANNYA KEPADA P&P :


  • kebaikan yang  
  • bermakna dalam penggunaan multimedia untuk pembelajaran termasuklah persembahan 
  •  
  • maklumat pelbagai gaya pembelajaran. Persembahan maklumat biasanya mengintergrasikan 
  •  
  • elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, auido dan video. Persembahan maklumat ini 
  •  
  • dapat dilihat  serta menarik dengan satu persembahan secara berbunyi yang menambahkan 
  •  
  • minat, meningkatkan daya peringatan dan memperbaiki kadar kejayaan
  • pembelajaran dengan kelajuan sendiri dan pelajar dapat menguasai setiap peringkat, selain dapat menambahkan capaian kepada pendidikan dalam subjek tertentu walaupun kekurangan tenaga pengajar dalam matapelajaran tertentu.
  • penambahan kawalan dan kebebasan adalah diperkenalkan ke atas proses pembelajaran. Ini adalah interaktiviti yang disediakan di dalam elemen multimedia yang membolehkan pelajar mengawal pembelajaran mereka sendirI.





Creative Common License


PENGENALAN :


Creative Common License merupakan sebuah organisasi yang menawarkan kepada orang ramai satu set perlesenan hak cipta secara percuma dan lesen-lesen ini akan membantu  pencipta atau pemegang lesen memberitahu dunia apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan berkaitan kerja mereka yang telah dihakciptakan.Ia terutamanya bagi kerja-kerja yang dipamerkan di Internet dan ia boleh dalam sebarang bentuk seperti rakaman video, rakaman audiovisual, rakaman muzik, imej, video, teks atau rekaan interaktif. Selain itu, tiada pendaftaran dikenakan bagi menggunakan lesen Creative Common License ini.

Creative Commons yang telah diperkenalkan di Malaysia sekitar tahun 2006. Ia telah  menerima sokongan ramai pihak, termasuk MDeC daripada Malaysia sendiri. Sekiranya perasan, kebanyakkan laman web berbentuk perkongsian menyediakan sokongan perkongsian menggunakan lesen Creative Commons, termasuk  Google, Wikipedia,YouTube, Flickr, SoundCloud, Vimeo, dan banyak lagi. 





Berikut merupakan empat syarat utama yang boleh dipilih dalam lesen yang akan digunakan :
SyaratHuraian
PengiktirafanAnda mesti mengiktirafkan karya tersebut dalam cara yang ditentukan oleh pencipta atau pemberi lesen (tetapi tidak dalam sebarang cara yang mencadang yang mereka telah memberi sokongan kepada anda dan pengunaan anda karya tersebut).
Perkongsian SerupaJika anda mengubah, menukar atau membina atas karya ini, anda boleh mengedar hasilan karya itu hanya dibawah lesen yang sama, serupa atau sepadan
Bukan Karya TerbitanAnda tidak dibenarkan menganti, mengubah bentuk ataupun membina atas karya tersebut.
Bukan komersialAnda tidak dibenarkan mengunakan karya tersebut untuk tujuan komersial.

Dengan menggunakan pelesenan Creative Commons pada hasil karya anda, ia memberikan fleksibiliti untuk pengguna lain dalam berkongsi karya anda bersama yang lain, disamping pada masa yang sama mengekalkan apa yang ditetapkan oleh anda. Ia sekaligus membantu dalam beberapa bidang, terutamanya dalam bidang pendidikan, disamping membolehkan hasil karya anda dicapai oleh lebih ramai pengguna seluruh dunia.

Disamping itu, apabila anda ingin membangunkan sesuatu kandungan, sebagai contoh sekiranya ingin meletakkan  sebuah video, anda boleh menggunakan lagu latar atau grafik yang dilesenkan oleh pengguna lain, dan melaluinya kedua-dua pihak mendapat keuntungan. Sebagai contoh, video anda akan mendapat lagu latar yang menarik, manakala pemilik lagu asal mendapat lebih capaian dengan lagu hasil mereka didengari lebih ramai orang seluruh dunia.


Masalah Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran.




pengenalan:

Pada zaman negara Malaysia yang pesat membangun ini penggunaan ict semakin meluas kepada semua golongan tidak terhad kepada golongan pekerja dan dewasa sahaja tetapi kanak-kanak juga tidak ketinggalan dalam mengikut rentak arus globalisasi ini. Kanak-kanak kini juga sudah tahu menggunakan komputer. Mereka boleh membuka dan menutup komputer. Mereka juga boleh menerokai perkara-perkara baru. Namun sejauh manakah ict boleh membawa manfaat kepada kanak-kanak khususnya dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana ict juga boleh membawa keburukan kepada mereka. 


Bagi ibubapa sekarang, terutamanya yang bekerja di kota metropolitan lebih cenderung bekerja daripada pagi hingga malam.  Kanak- kanak akan menjadi bosan kerana tiada kawan untuk mereka bermain jadi mereka memilih untuk bermain permainan dalam komputer.  Tugas mengasuh diberikan seratus peratus kepada orang gaji menyebabkan  mereka tidak mendapat kawalan daripada ibubapa mereka sendiri.



ANTARA MASAALAH-MASAALAH YANG DIHADAPI ADALAH :


  • Kekurangan pengetahuan, kepakaran dan kemahiran di kalangan guru-guru.
  • Para Pelajar menjadi malas
  • Kekurangan komputer di setiap Sekolah.
  • Kekangan masa.
  • Maklumat tidak ada batasan.
kekurangan pengetahuan,kepakaran dan kemahiran di kalangan guru-guru :

        Sebelum mempraktikkan Teknologi Maklumat dan Teknologi Multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran, guru terlebih dahulu hendaklah mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang ICT ini.Tanpa ilmu yang cukup ia akan menimbulkan kesukaran ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hal ini kerana apabila kurang ilmu pengetahuan maka maklumat yang ingin disampaikan kpd pelajar amatlah tidaki tercapai objektif pembelajaran.

para pelajar menjadi malas :

         Dengan kegunaan ict ini juga kebanyakan pelajar mengambil kesem patan daripa internet untuk melayari lama-laman sesawang yang tidak sepatutnya di layari oleh pelajar. selain itu juga, dengan penggunaan sistem komputer ini, ia akan menjadikan kanak-kanak malas untuk berusaha kerana maklumat senang diperolehi.Dengan itu, bakat mereka tidak dapat ditonjolkan dan penguasaan mereka terhadap sesuatu perkara tidak dapat dinilai.


kekurangan komputer di setiap sekolah :

            Apabila pembelajaran mula dilakukan di sekolah ini bermakna sekolah perlu mempunyai kos yang mencukupi untuk menampung pembrlian komputer.Kebanyakkan sekolah rendah kos sara hidupnya tidak mampu untuk membeli komputer tambahan dan kekurangan komputer di sekolah. Sekiranya Pengajaran dan Pembelajaran secara berkomputer hendak dijalankan di setiap sekolah, ia sememangnya memerlukan  kos yang banyak. Ini kerana, bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai setiap murid perlulah dibekalkan dengan komputer sewaktu  pembelajaran dilaksanakan.

kekangan masa :

              Salah satu faktor yang menghalang penggunaan ICT ini adalah kerana waktu pembelajaran yang singkat.Jumlah masa dalam satu sesi pengajaran seminggu hanyalah 2 jam.Ini sudah pasti tidak memberikan ruang yang cukup kepada para pelajar untuk mencuba kerana aktiviti amali ini memerlukan masa yang panjang.

maklumat tidak ada batasan :

                Penggunaan ICT ini juga akan menyebabkan para pelajar memperolehi maklumat tanpa batasan mengikut kadar umur mereka.Ini kerana ianya adalah bersifat umum dan tidak ada had. contohnya apabila melayari google macam-macam ilmu yang diperolehi disitu.


KESIMPULAN :

Pada  era yang mencabar ini pendapat saya penggunaan ICT dalam bilik darjah dalam konteks ini secara spesifiknya merujuk kepada proses dan pengurusan pembelajaran dan pengajaran. ICT diintegrasikan ke dalam kurikulum sekolah iaitu melalui pelbagai subjek terutamanya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Integrasi ICT ke dalam kurikulum memberi  peluang kepada guru untuk mengaplikasikan ICT dalam subjek-subjek tertentu seperti penggunaan teknologi maklumat dan “computerisation”.  ICT boleh diintegrasikan pada mana-mana tahap dalam roses p&p. Ia boleh digunakan sebagai set induksi, penutup ataupun semasa sesi peneranagan. Pelajar juga boleh mengakses pelbagai laman web untuk mengumpul maklumat, menggunakan email untuk berkomunikasi dan mewujudkan fail ataupun folder untuk rangkaian sekolah.

Tidak dapat dinafikan bahawa dalam mengintegrasikan ICT dalam pendidikan guru berhadapan dengan pelbagai cabaran antaranya kekangan untuk menghabiskan silibus, kekurangan kemudahan, kemahiran dan bahan sokongan. Bagi mengatasi cabaran-cabaran ini pelbagai usaha akan dilaksanakan. Namun, usaha-usaha yang bakal diambil oleh pihak sekolah haruslah disertai dengan keterbukaan guru dalam menerima pembaharuan dan cabaran baru.



Friday 27 February 2015


Kelebihan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran 

 

Pengenalan :
Perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah memberikan banyak impak positif kepada pelbagai bidang perindustrian termasuklah dunia pendidikan. Tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menjadikan penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar seperti komputer riba, cakera padat, penggunaan pelbagai perisian pendidikan pembelajaran dan pelbagai alat bantu mengajar yang lain. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk setiap pendidik menggunakan pelbagai alat bantu mengajar sama ada yang berbentuk peralatan mahupun perisian bagi membantu merangsang dan meningkatkan minat dan kecenderungan Murid terhadap sesuatu topik pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran adalah fokus utama pihak pengurusan pendidikan kebangsaan sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun di peringkat sekolah menengah. Justeru, pihak pengurusan pendidikan baik di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan sentiasa mencari alternatif atau kaedah pengajaran dan pembelajaran terbaik dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran (Baharuddin, 2005). Latihan aplikasi dan integrasi teknologi maklumat dan komunikasi atau juga dikenali dengan gelaran ICT adalah antara usaha yang telah diperkenalkan di kebanyakan sekolah rendah dan menengah.
Pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap Murid yang mengikuti Program Pemulihan Khas merupakan satu perkara yang tidak hanya mampu memberikan rangsangan pembelajaran kepada murid, malah dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka (Abd. Rahman, 1992). Koh Boh Boon (1982) menyatakan bahawa pendidikan pemulihan sekiranya diteliti dengan lebih mendalam, sifatnya adalah lebih terbatas dan lebih khusus kerana ianya bertujuan untuk membaiki kelemahan pembelajaran murid. Pelaksanaan program ini melibatkan murid-murid lambat iaitu mereka yang lembap atau lambat mencapai matlamat pembelajaran jika dibandingkan dengan murid-murid lain yang sebaya dengan mereka. Oleh yang demikian, selaras dengan perkembangan dan kemajuan teknologi semasa, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digunakan untuk membantu murid-murid ini dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik dan memajukan diri seperti mana yang dicapai oleh Murid-Murid lain khususnya yang sebaya dengan mereka.


ANTARA KELEBIHAN-KELEBIHANNYA :

  • Terdapat banyak kelebihan menerusi pengajaran berasaskan komputer. Antaranya adalah dapat meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. 
  •   Mengikut penyelidikan yang telah dlakukan oleh pakar-pakar alat pandang dengar, konsep kefahaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh manusia adalah 75% melalui deria pandang, 13% daripada deria dengar, 6% daripada deria sentuh, 3% daripada deria rasa dan 3% daripada deria bau. (Mok Soon Sang, Lee Shok Mee,1986).
  • Berdasarkan kajian ini, jelas menunjukkan bahawa pancaindera pandang dan dengar penting dalam proses pembelajaran. Bahan bantu mengajar berasakan komputer semestinya banyak memerlukan pancaindera pandang dan dengar. 
  •  Hal ini sangat relevan dalam meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.
  • Kelebihan yang seterusnya adalah guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa, menyeronokkan dan mencabar. 
  •  Hal ini selaras dengan teknologi yang pendidikan bertujuan untuk mewujudkan suatu suasana yang kondusif bagi pengajaran dan pembelajaran. 
  • Wayne F. Virag (1976) berpendapat “seseorang individu dalam suasana pembelajaran adalah tertakluk kepada pelbagai bahan pengajaran, teknik-teknik dan peringkat-peringkat penyampaian pengajaran…suasana pembelajaran ini pula dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kaedah penyampaian dan bahan pengajaran yang digunakan dalam suasana fizikal yang direka untuk pembelajaran.” 
  • Penggunaan teknologi juga boleh memberi pengalaman sebenar yang dapat merangsang aktiviti sendiri dalam kalangan pelajar dan membina pemikiran yang berterusan.
  • Hal ini dapat dilahirkan menerusi aktiviti yang mencabar dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer.
  • Oleh yang demikian, jelas menunjukkan bahawa suasana pembelajaran yang selesa, menyeronokkan dan mencabar dapat diwujudkan menerusi pengajaran yang menggunakan komputer serta perisiannya sebagai alat pengajaran.
  • Seterusnya pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dapat meningkatkan motivasi dan minat murid dalam pembelajaran. 
  •  Hal ini selaras dengan pendapat Jonassen (1996) yang menyatakan, para pelajar yang mendapat bahan pengajaran melalui komputer mempunyai motivasi yang tinggi untuk  belajar.
  • Apatah lagi jika pendekatan yang digunakan berbentuk permainan pendidikan. 
  • Hal ini menunjukkan menerusi pendekatan permainan pendidikan, murid akan lebih tertarik dan semakin bersemangat untuk mengikuti sesebuah pembelajaran.
  • Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer juga bertujuan untuk memudahkan kerja seseorang guru dalam penyampaian maklumat pelajaran. 
  • Penggunaan bahan teknologi pendidikan yang boleh dilihat dan menghasilkan bunyi dan suara telah didapati memberikan banyak faedah seperti melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran, menjimatkan masa dan tenaga, mengelakkan kebosanan pelajar dan mengelakkan berlakunya salah tafsir atau tidak faham. 
  • Penggunaannya juga akan memberikan kelainan (variasi) kepada kaedah mengajar, misalnya dengan menggabungkan kaedah dan alat (penggunaan perisian pembelajaran), membolehkan pelajar mengulangi pelajaran secara sendirian dan juga membantu pelajar-pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum.
  • Tuntasnya, pengajaran berasaskan komputer mempunyai kekuatan dalam aspek-aspek yang tertentu. Tambahan lagi, adalah sangat wajar guru mengintegrasikan pelajaran menerusi teknologi maklumat. 

KESIMPULAN :
         Adalah menjadi tanggunjawab institusi pendidikan untuk mendidik masyarakat untuk menjadi pelapis yang benar-benar dapat mentadbir negara dengan baik pada masa akan datang. Oleh yang demikian, pendidikan ini perlu dilaksanakan pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak. Penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan pembelajaran adalah suatu yang perlu bagi menarik minat kanak-kanak ini untuk terus menuntut ilmu tanpa mengira sempadan dan segala halangan yang boleh menghalang mereka dariapda menuntut ilmu. 

RUJUKAN : 

  • MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN
  • NADIA SABRINA
  • UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTOS SDN BHD

Friday 9 January 2015

cara solat dengan betul..


solat adalah perkara yang wajib di lakukan bagi semua umat islam.kebanyakan kita tidak mengetahui bagaimanakah hendak bersolat dengan sempurna dan betul. video ini menunjukkan cara bagaimana solat dengan betul mengikut nabi muhammad (s.a.w) .Harap kita semua dapat memperbetulkan solat kita agar solat kita diterima oleh allah.

Friday 26 December 2014

Peranan ICT dalam penyebaran dakwah dalam era globalisas.



PERANAN ICT DALAM PENYEBARAN DAKWAH DALAM ERA 
GLOBALISASI 

Prof. Madya Dr Syed Muhammad Dawilah al-Edrus 
Pengarah Pusat Islam, 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 
Ustaz Mohd. Lutfi Solehan 
Penolong Pendaftar, Fakulti Pengurusan Teknologi, 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
pendahuluan:

Dakwah dari segi bahasa diambil dari perkataan bahasa arab dan merupakan
masdar (kata benda) dari kata kerja da'a yad'u yang berarti panggilan, seruan atau ajakan.

Dakwah dari segi istilah pula adalah Rangkaian perkataan "dakwah islamiyyah" sebagai satu istilah khusus yang penting dalam penyebaran, pengembangan dan pemahaman Islam sebagai al-din yang diamalkan
dan diterima pakai.

KEPENTINGAN DAN HUKUM BERDAKWAH:
Secara ringkasnya hukum berdakwah terbahagi kepada dua, iaitu fardu Ain dan fardu
Kifayah. Walau bagaimanapun pendapat kebanyakan ulamak menyatakan hukum
berdakwah adalah wajib hukumnya bagi setiap individu. Dalam ertikata lain, ianya
merupakan sesuatu yang tidak dapat ditinggal dan dikecualikan. Al-Quran dan Al-hadis,
ada mengungkapkan tentang kewajipan tersebut.
ramai orang tertanya-tanya apakah perkara-perkara yang perlu ada dalam berdakwah
ataupun mudah dipanggil rukun berdakwah. Rukun dakwah terbahagi kepada 4 iaitu:
                    
1. Maudhu' al - Da'wah / Topik utama dakwah.
2. Al - Qaim bi al - Da'wah (Al - Da'ie) / Para Pendakwah 
3. Al-Orang yang menerima dakwah/Penerima dakwah.
4. Uslub Al-Da'wah/ Pendekatan dalam berdakwah.


DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT)
ICT atau dikenali dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi merangkumi aspek
teknologi maklumat dan komunikasi. Taknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi
yang digunakan oleh individu mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat
berguna dan bermakna serta menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks,
grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan
tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan
kemampuan.Teknologi Maklumat (information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (information and Communication Technology) atau ICT merupakan
teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas
meluputi segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.
KEBAIKAN
Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat
diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara pendakwah dan
sasarannya sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik-bilik
seminar bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya.
KEBURUKAN

ICT mempunyai pengaruh dan banyak bahan asing dari luar negara yang dimuatkan
dalam media tempatan. Daripada pengaruh ini terdapat unsur-unsur negatif yang menular
masuk dalam budaya tempatan. Perkara ini akan menjadikan sesuatu dakwah yang
hendak disampaikan tidak tepat dan mungkin akan dieksploitasi oleh fahaman-fahaman
yang menyimpang dari ajaran Islam sebenar. 
Pencerobohan dan penggodam laman web (Internet hacker), jenayah kerana melepaskan
komputer virus di Internet, penipuan kredit kad secara online dan penyebaran maklumat

RUMUSAN
Seseorang Pendakwah haruslah kreatif dalam pengganakan mekanisme dakwah.
Kemudahan ICT sepatutnya digunakan secara maksima dalam rangka dakwah yang
sesuai dengan ajaran Islam.
Mereka juga mestilah mempunyai kepakaran dan ilmu yang cukup dalam
mengeksploitasi ICT.

Friday 19 December 2014

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Berasaskan Web

       Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab                              Berasaskan Web 


artikal ini di karang oleh : 1) Rahimi Bin Md. Saad
                                           2) Zawawi Bin Ismail



               Artikal ini menceritakan kepada kita bahawasanya pengajaran dan pembelajaran bahasa arab berasaskan web adalah antara salah satu cara yang teramat mudah di era kini. Pembelajaran melalui laman web ialah pembelajaran secara elektronik atau dikenali sebagai E-Pembelajaran. Ia merupakan kombinasi di antara elemen pendidikan dan teknologi elektronik. Kaedah ini membolehkan individu mengikuti sesi pembelajaran secara lebih terbuka dan bebas berdasarkan keinginan dan keupayaan sendiri tanpa perlu mengikuti jadual atau menghadiri kelas yang ditetapkan.


               Pembelajaran bahasa Arab melalui laman web merupakan satu proses pembelajaran yang
perlu diterapkan dalam konteks masyarakat Malaysia berdasarkan kepentingan-kepentingannya. Antara kepemtingan-kepentingannya adalah mencapai keberkesanan yang maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. selain daripada itu, Pembelajaran yang maksima dalam jangka waktu yang singkat dan kos yang minima juga antara kepentingan pengajaran dan pembelajaran bahasa arab berasaskan web.

 3. Objektif Pembelajaran Bahasa Arab Melalui Laman Web

Pembelajaran bahasa Arab melalui laman web merupakan satu proses pembelajaran yang
perlu diterapkan dalam konteks masyarakat Malaysia berdasarkan kepentingan-kepentingan berikut :
           
*Mencapai keberkesanan yang maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran 

*Pembelajaran yang maksima dalam jangka waktu yang singkat dan kos yang minima.
  
*Kesejagatan sumber pengajaran dan pembelajaran.

*Mengurangkan bebanan dan menjimatkan masa guru dalam penyediaan bahan bantu mengajar.

*Membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik.

4. Laman Web Untuk Pengajaran 

Kini sudah banyak laman web yang dibina bagaikan cendawan selepas hujan. Perkembangan yang sihat ini perlu digunakan sebaiknya oleh para pengajar atau para pelajar bahasa Arab.Ada di antara laman-laman web ini yang menyediakan perkhidmatan pengajaran bahasa Arab secara percuma di samping laman web yang mengenakan bayaran tertentu.. Laman web bagi perisian pengajaran bahasa Arab secara ringkasnya boleh dibahagikan kepada berikut:

i. Pembelajaran bahasa Arab melalui pengantar bahasa Arab.
a. schoolarabia.net
b. kids.al-islam.com
c. afl.ajeeb.com
d. mabarrat.org
e. weaam1.netfirms
f. arabic4fun.com
g. rafed.net/child
h. iiu.edu.my/qls
i. alarabeyya.com
j. thopaiti.8m.net
k. voiceofarabic.com
l. angelfire.com

5. Masalah Dan Cabaran

Setiap ahli akademik wajib mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan sekaligus
memperluaskan pengalaman supaya mampu memberikan lebih dari yang sepatutnya kepada
pelajar-pelajar mereka. Pelajar hari ini juga tidak mudah berpuas hati hanya dengan apa yang
mereka dapati di dalam kelas. Perasaan ingin tahu mereka tinggi. Mereka mengharapkan
jawapan kepada setiap persoalan dan kemusykilan mereka ada pada pensyarah yang
berkenaan. Oleh itu, para guru yang terlibat dalam pengajaran bahasa Arab khususnya perlu
berusaha mengmbangkan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut agar ia
menjadi bahasa yang seronok dipelajari.
Walau bagaimanapun, akan mereka berhadapan dengan beberapa cabaran yang perlu
dihadapi dengan penuh tabah dan teliti.

rumusan

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Berasaskan Web teramatlah perlu di masa kini kerana pelbagai kemudahan yang telah diberikan kepada kita. seharusnya kita sebagai pengguna IT pada masa kini hendaklah mengambil cara yang amatlah mudah bagi kita kerana peluang sudah ada dihadapan kita untuk kita mempelajarinya bersama. janganlah mensia-siakan peluang yang ada kerana apabila kita mensia-siakannya kita akan terlepas untuk mendapatkannya semula, ingatlah peluang hanya datang sekali sahaja.