Creative Common License
PENGENALAN :
Creative Common License merupakan sebuah organisasi yang menawarkan kepada orang ramai satu set perlesenan hak cipta secara percuma dan lesen-lesen ini akan membantu pencipta atau pemegang lesen memberitahu dunia apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan berkaitan kerja mereka yang telah dihakciptakan.Ia terutamanya bagi kerja-kerja yang dipamerkan di Internet dan ia boleh dalam sebarang bentuk seperti rakaman video, rakaman audiovisual, rakaman muzik, imej, video, teks atau rekaan interaktif. Selain itu, tiada pendaftaran dikenakan bagi menggunakan lesen Creative Common License ini.
Creative Commons yang telah diperkenalkan di Malaysia sekitar tahun 2006. Ia telah menerima sokongan ramai pihak, termasuk MDeC daripada Malaysia sendiri. Sekiranya perasan, kebanyakkan laman web berbentuk perkongsian menyediakan sokongan perkongsian menggunakan lesen Creative Commons, termasuk Google, Wikipedia,YouTube, Flickr, SoundCloud, Vimeo, dan banyak lagi.
Berikut merupakan empat syarat utama yang boleh dipilih dalam lesen yang akan digunakan :
Syarat | Huraian |
---|---|
Pengiktirafan | Anda mesti mengiktirafkan karya tersebut dalam cara yang ditentukan oleh pencipta atau pemberi lesen (tetapi tidak dalam sebarang cara yang mencadang yang mereka telah memberi sokongan kepada anda dan pengunaan anda karya tersebut). |
Perkongsian Serupa | Jika anda mengubah, menukar atau membina atas karya ini, anda boleh mengedar hasilan karya itu hanya dibawah lesen yang sama, serupa atau sepadan |
Bukan Karya Terbitan | Anda tidak dibenarkan menganti, mengubah bentuk ataupun membina atas karya tersebut. |
Bukan komersial | Anda tidak dibenarkan mengunakan karya tersebut untuk tujuan komersial. |
Dengan menggunakan pelesenan Creative Commons pada hasil karya anda, ia memberikan fleksibiliti untuk pengguna lain dalam berkongsi karya anda bersama yang lain, disamping pada masa yang sama mengekalkan apa yang ditetapkan oleh anda. Ia sekaligus membantu dalam beberapa bidang, terutamanya dalam bidang pendidikan, disamping membolehkan hasil karya anda dicapai oleh lebih ramai pengguna seluruh dunia.
Disamping itu, apabila anda ingin membangunkan sesuatu kandungan, sebagai contoh sekiranya ingin meletakkan sebuah video, anda boleh menggunakan lagu latar atau grafik yang dilesenkan oleh pengguna lain, dan melaluinya kedua-dua pihak mendapat keuntungan. Sebagai contoh, video anda akan mendapat lagu latar yang menarik, manakala pemilik lagu asal mendapat lebih capaian dengan lagu hasil mereka didengari lebih ramai orang seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment