Masalah Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
pengenalan:
Pada zaman negara Malaysia yang pesat membangun ini penggunaan ict semakin meluas kepada semua golongan tidak terhad kepada golongan pekerja dan dewasa sahaja tetapi kanak-kanak juga tidak ketinggalan dalam mengikut rentak arus globalisasi ini. Kanak-kanak kini juga sudah tahu menggunakan komputer. Mereka boleh membuka dan menutup komputer. Mereka juga boleh menerokai perkara-perkara baru. Namun sejauh manakah ict boleh membawa manfaat kepada kanak-kanak khususnya dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana ict juga boleh membawa keburukan kepada mereka.
Bagi ibubapa sekarang, terutamanya yang bekerja di kota metropolitan lebih cenderung bekerja daripada pagi hingga malam. Kanak- kanak akan menjadi bosan kerana tiada kawan untuk mereka bermain jadi mereka memilih untuk bermain permainan dalam komputer. Tugas mengasuh diberikan seratus peratus kepada orang gaji menyebabkan mereka tidak mendapat kawalan daripada ibubapa mereka sendiri.
ANTARA MASAALAH-MASAALAH YANG DIHADAPI ADALAH :
- Kekurangan pengetahuan, kepakaran dan kemahiran di kalangan guru-guru.
- Para Pelajar menjadi malas
- Kekurangan komputer di setiap Sekolah.
- Kekangan masa.
- Maklumat tidak ada batasan.
kekurangan pengetahuan,kepakaran dan kemahiran di kalangan guru-guru :
Sebelum mempraktikkan Teknologi Maklumat dan Teknologi Multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran, guru terlebih dahulu hendaklah mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang ICT ini.Tanpa ilmu yang cukup ia akan menimbulkan kesukaran ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hal ini kerana apabila kurang ilmu pengetahuan maka maklumat yang ingin disampaikan kpd pelajar amatlah tidaki tercapai objektif pembelajaran.
para pelajar menjadi malas :
Dengan kegunaan ict ini juga kebanyakan pelajar mengambil kesem patan daripa internet untuk melayari lama-laman sesawang yang tidak sepatutnya di layari oleh pelajar. selain itu juga, dengan penggunaan sistem komputer ini, ia akan menjadikan kanak-kanak malas untuk berusaha kerana maklumat senang diperolehi.Dengan itu, bakat mereka tidak dapat ditonjolkan dan penguasaan mereka terhadap sesuatu perkara tidak dapat dinilai.
kekurangan komputer di setiap sekolah :
Apabila pembelajaran mula dilakukan di sekolah ini bermakna sekolah perlu mempunyai kos yang mencukupi untuk menampung pembrlian komputer.Kebanyakkan sekolah rendah kos sara hidupnya tidak mampu untuk membeli komputer tambahan dan kekurangan komputer di sekolah. Sekiranya Pengajaran dan Pembelajaran secara berkomputer hendak dijalankan di setiap sekolah, ia sememangnya memerlukan kos yang banyak. Ini kerana, bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai setiap murid perlulah dibekalkan dengan komputer sewaktu pembelajaran dilaksanakan.
kekangan masa :
Salah satu faktor yang menghalang penggunaan ICT ini adalah kerana waktu pembelajaran yang singkat.Jumlah masa dalam satu sesi pengajaran seminggu hanyalah 2 jam.Ini sudah pasti tidak memberikan ruang yang cukup kepada para pelajar untuk mencuba kerana aktiviti amali ini memerlukan masa yang panjang.
maklumat tidak ada batasan :
Penggunaan ICT ini juga akan menyebabkan para pelajar memperolehi maklumat tanpa batasan mengikut kadar umur mereka.Ini kerana ianya adalah bersifat umum dan tidak ada had. contohnya apabila melayari google macam-macam ilmu yang diperolehi disitu.
KESIMPULAN :
Pada era yang mencabar ini pendapat saya penggunaan ICT dalam bilik darjah dalam konteks ini secara spesifiknya merujuk kepada proses dan pengurusan pembelajaran dan pengajaran. ICT diintegrasikan ke dalam kurikulum sekolah iaitu melalui pelbagai subjek terutamanya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Integrasi ICT ke dalam kurikulum memberi peluang kepada guru untuk mengaplikasikan ICT dalam subjek-subjek tertentu seperti penggunaan teknologi maklumat dan “computerisation”. ICT boleh diintegrasikan pada mana-mana tahap dalam roses p&p. Ia boleh digunakan sebagai set induksi, penutup ataupun semasa sesi peneranagan. Pelajar juga boleh mengakses pelbagai laman web untuk mengumpul maklumat, menggunakan email untuk berkomunikasi dan mewujudkan fail ataupun folder untuk rangkaian sekolah.
Tidak dapat dinafikan bahawa dalam mengintegrasikan ICT dalam pendidikan guru berhadapan dengan pelbagai cabaran antaranya kekangan untuk menghabiskan silibus, kekurangan kemudahan, kemahiran dan bahan sokongan. Bagi mengatasi cabaran-cabaran ini pelbagai usaha akan dilaksanakan. Namun, usaha-usaha yang bakal diambil oleh pihak sekolah haruslah disertai dengan keterbukaan guru dalam menerima pembaharuan dan cabaran baru.